Thursday, December 29, 2011

Ku Tlah Jatuh Cinta

assalamualaikum.. hai.. hmm jatuh cinta pada siapa yerk?? haha.. actually aku pon tak tahu kenapa.. aku suka sangat ushar pic seseorang(lelaki) ni.. kalau aku on fb je msty aku akn ushar pic dia. nak kata aku suka dia x la sangat. tp aku akn terobses sniri bila tgk pic dia lamalama.. heheh

tapi menda ni suka berubah2.. dulu org lain.. skrg orang lain.. bila aku senang dengan kehadiran seseorang tu, dan bila aku dah mula chatting dengan dia, dan bila aku dah mula kenal dia, aku akan jadi suka.

so conclusion nye aku hanya jatuh cinta pada gambarnya. bukan pada orangnya. heheh.. jangan salah sangka!
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Wednesday, December 28, 2011

Tak Tahu

assalamualaikum.. hai.. now aku pon tak tahu dengan perasaan aku dan ape yang aku pikir skarang ni.. rase macam sayang sangat kat dia. tapi aku takboleh trima dia ada pompuan lain.. tapi dia dah mintak maaf n ckp nk clash ngan pompuan tu.. patut ke aku percaya dia??

aku kalo boley tanak clash ngan dia. aku nak tunjuk kt pakcik aku yg slalu dok kondem2 dia. aku nak dia tahu wlau mcm mane pon aku boleh dengan dia.. tapi aku pon tak tahu macam mana perasaan aku skarang ni.. patut ke aku teruskan hubungan ni dengan dia bila dia dah clash ngan pompuan tu?

KORANG SEMUA BOLEH TOLONG AKU TAK? TOLONG BAGI PENDAPAT.. AKU KELIRU SAMA ADA AKU PATUT TRIMA DIA LAGI KE BILA DIA DAH XDE PAPE NGAN POMPUAN TU?? TOLONG ERK.. AKU BETOL2 BUNTU :'(
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Hati Yang Kau Sakiti 2

assalamualaikum.. hai semua.. harini aku nak curhat lagi.. bagi sesiapa yang xnak bace tu abaikan je lah post ni..

ok.. weh z.. kau ingat kau bagus sgt ke?? perangai kau dari dulu memang tak berubah.. semalam je kau cakap kau still sayangkan aku.. tapi kenape harini jadi macam ni?? aku nak cakap dengan kau lima minit je.. tak kan takboleh?

kau ni memang sengal la. kau mainkan perasaan aku dengan dia. pastu kau buang aku macam sampah. bodoh la kau. kau tak sedar ke ape yang kau dah buat ni?? tolong la sedar. aku ni bukan patung la nak tunggu kau sampai pukul 2 3 pagi ni semata2 nak tunggu dia tidur! dia tu anak raja ke sampai kau nak kena dodoi baru nak tido??
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Monday, December 26, 2011

Hati Yang Kau Sakiti

assalamualaikum.. ok.. harini aku nak tulis karangan jiwang. sebab aku tengah kecewa ya amat ni..

kepada encik Z(bukan nama sebenar). dengan ini saya nak bagitahu kat awak yang saya dah tahu semua kebohongan awak. saya dah tahu yang awak dah couple dengan FATIN(bukan saya) empat bulan yang lepas.. iaitu masa kita tengah hangat couple lagi kan.. saya teramat lah tak sangka yang awak sanggup buat saya macam tu. banyak halangan yang kita dah lalui sama2. macam2 dah saya buat untuk bagi awak gembira bila dengan saya.. tapi ape yang saya dapat???? kekecewaan yang saya dapat?

awak seronok ke buat saya macam ni? ape yang awak dapat daripada menipu saya dengan mak saya? awak datang sini pastu awak buat cita kt mak saya.. awak ckp saya yang mintak putus dengan awak. padahal awak yang mintak putus dengan saya(guna mesej je). awk ingat saya ni ape? patung yang tak ada perasaan ke??

awak tak fikir ke perasaan orang lain? perasaan saya? perasaan mak saya? saya sangat kecewa dengan sikap awak ni. awak memang teruk! sudah2 la tu. lepas ni awak jangan la mainkan perasaan orang lain lagi. nanti bila awak dah terkena baru awak rasa keperitan dia..

tak pe lah. sekarang ni saya lepaskan awak bersama dengan dia. mungkin awak bukan jodoh saya. so saya harap gf baru awak dapat bahagiakan awk lebih dari apa yang saya penah buat untuk awak. saya harap awak bahagia dengan dia. sekian.



p/s: ehh terjiwangkarat pulak.. emm takpe lah. thanx sudi bace ye..
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Sunday, December 11, 2011

heppy vs maki

Assalamualaikum readers semua!! hai.. harini aku tak konfem ngan perasaan aku seniri.. kadang2 rase hepi.. tapi kadang2 rase mcm nak maki orang pon ade.. haha.. tapi bila difikirkan, aKu takot teraibkan seseorang bila aku maki kt sini.. hurm.. mcm mane tu??? adoi.. tensyen.. tak tahu nak lepaskan kt sape.. adoih.. tahan je la..

ok lah erk.. tak tahu dah nak tulis ape.. bengong.
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Thursday, December 1, 2011

Tarikh keramat!! 30.11.2011

hai senangnya dalam hati... hehe.. akhirnya spm is over!! full stop! rase macam tak percaya je kan.. hehe.. pejam celik pejam celik dah abis pon.. ni la saat yang aku tunggu2.. boley lah pegi holiday sana sini.. tapi x boleh laa nak heppi sangat.. sebab..... nest year kuar result plak.. haha.. doakanlah result saya oke erk.. hmm sebenarnya aku bosan la mlm2 ni.. tak tahu nak buat ape.. nak bace buku pon exam dah abis.. hehe.. so update blog pon ok jgak.. sebab blog aku ni pon dah lame x diusik.. dah berabuk pon..

tu dia aih.. kruk krak kruk krak bunyi tengkuk aku bila aku pusing2. haha..punya lenguh..(padahal xde idea nk tulis ape.. taram je lah..)

emm.. k lahh.. mate pon dah layu nih.. esok2 aku smbung lg.. bubye u ollss!! lap u!! muahhxx!! nitezzz
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Friday, November 4, 2011

kalau dah tahu cara nak sembahyang tak payah la nak sembahyang

assalamualaikum semua.. emm.. mesti korang terkezut dengan title aku harini.. opss.. jangan fikir negatif ok!! firstly aku nak terangkan maksud aku buat title macam tu.. cube korang tukar perkataan PAYAH tu dengan perkataan sinonimnya iaitu SUSAH. so ayatnye akan jadi KALAU DAH TAHU CARA NAK SEMBAHYANG TAK SUSAH LA NAK SEMBAHYANG. got it? haha. aku buat entry ni sebab aku rasa nak lepaskan geram aku kat seseorang ni.. cerita dia lbih kurang macam ni la..

kisah ni tentang siti dan suaminye yang malas sembahyang..

siti: hai abang.. macam mana kerja harini? ok tak?

suami: huhuh.. penat siti oi.. abang kerja 12 jam non stop..!

siti: amboi.. tak kan la non stop kot bang. abis abang solat macam mana?

suami: abang banyak kerja siti. syarikat abang kerja tu baru bukak.. macam macam nak kena uruskan. abang          sempat rehat untuk makan tengah hari je..

siti: tahu la.. kalau ye pon banyak kerja tak kan la abang tak ada masa nak solat..?

suami: betol siti.. abang TAK SEMPAT nak solat.. TAK ADA MASA nak solat.. nanti tak ada orang nak gantikan kerja abang.

siti: @#$%^

ni lah kesah siti dengan suaminya. tapi cerita ni cerita benar yang aku adaptasikan.. kepada umat islam diluar sana.. tolong la jangan jadi macam suami siti yang bangang tu ok.. aku pon dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. speechless aku! 

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Monday, August 1, 2011

betapa kejamnya mereka!!


aku baru sedar bila tengok video ni.. sedih bila tengok polis orang yang terlibat tak bagi kerjasama.. mana atitude korang semua? mana rasa simpati korang semua? tak ada belas kasihan ke korang semua? kenapa boleh jadi macam ni? kejamm!!




tolonglah beri kerjasama.. tak kan tengok je? tak kesian ke? orang tua tu macam dah nazak dah.. aku kecewa tengok video ni..

notapanda: fikir-fikirkan lah..
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Wednesday, July 20, 2011

pelik dowh kau!

hai.. emm ape yang pelik?? meh sini aku nak cite sket.. tadi mase kat sekolah ade perhimpunan.. bese lah ari rabu.. perhimpunan koko lah..

haha xde ape yang pelik dalam caption di atas.. saje intro.. ok.. aku nak start cite.. emm korang penah tak terjumpa mana2 budak yang suka pkai spek mate yang takde cermin tu??? ala macam nie..

hah.. mcm yang kat atas nih korang mesti biasa tengok orang pakai.. walaupun tak de cermin tapi still sematt n orang xkan tengok kau pelik.. tapi tadi kat sekolah aku ada sorang budak ni dia pegi pakai spek mate yang mcm nie..

pakai pulak yang tak de cermin.. memang pelik la orang tengok.. pastu asyik betul2kan rambut dia.. ingat lawa??? haha.. lawak ade lah.. tolong lah jangan buat camtu lagi.. aku rase mcm kelakar gila.. bingkai aje exsyen.. tiba2 tak de cermin.. (dia pakai yang macam ni sebab kat sekolah mane boleh pakai spek besar.. choooiiihh)

notapanda : kalau nak bergaya pon berpada pada lah.. tak kansampai dalam sekolah pon kau nak melawa jugak.. kalo mcm tu baik kau buat sekolah seniri.. ape daa..



SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Tuesday, July 19, 2011

sape yang salah?? pondan atau lelaki yang date dengan diorang??

hai.. harini aku nak menaip pasal seseorang yang digelar sebagai 'mak nyah' 'pondan' atau 'bapok'.. tiap2 hari ada je mak nyah2 ni kat tepi jalan.. walaupun kat sini tak banyak mak nyah, tapi mesti ada punya lah.. diorang ni kebanyakan nye kerja butik, atau salon.. kadang2 aku pon heran.. diorang nie memang tak ada hormon kelelakian ke?? kalau yang kurus lidi tu aku still boleh maafkan lagi sebab diorang tak mengubah bentuk asal diorang dan masih berniat untuk berbalik ke pangkal jalan..tapi kalau yang dah buat operation tu macam mane erk?? selalunye diorang ni akan operate kt bahagian dada aje..  kt bahagian sulit tu tak pulak sebab takot x boleh jadi lelaki balik.. haha.. lawak2.. haha.. eh.. eh.. macam dah lari topic je aku nih..

berbalik kepada topik.. emm pondan atau lelaki yang date dengan diorang yang salah??
bagi aku, dua-dua salah.. cube korang fikir ek..

pondan- korang salah sebab korang mengubah ciptaan ALLAH SWT.. (nabi tak mengaku ummatnya). korang jugak salah sebab korang sanggup menipu untuk kepentingan korang. korang sanggup jual maruah korang untuk jadi pompuan. korang sanggup malukan mak bapak korang semata mata nak ubah jadi pompuan.. korang memang bodoh sebab tak hargai pemberian ALLAH SWT.

lelaki yang date dengan pondan2 ni- korang salah sebab korang 'buta'. macam la tak ada pompuan dalam dunia ni.. pondan jugak kau cari.. bukan boleh buat bini pon.. inikan nak buat anak.. korang salah sebab bila dengan pompuan korang tak hargai diorang (rogol, cabul, pukul, sepak, terajang).. tapi bila dengan pondan korang layan baik gila.. korang memang dayus.

notapanda : LELAKI YANG RASA DIRINYA DALAM GOLONGAN DI ATAS! TOLONG LAH SEDARKAN DIRI..  aku benci pondan nie dowh!!


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Sunday, July 17, 2011

cik panda menggangster!!

hoy3..kenapa cik panda menjadi semakin ganas nih?? musykil tak?? hurm.. macam mane nak buat ni ek?? tiba2 aje rasa nak jadi gangster.. mungkin penangan ttengok cite ni kot..


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


haha.. amcam?? gangster taaakk??? hahahahaha...


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Saturday, July 16, 2011

Giveaway Julai Bersama Blogger by andyhowtt.com

GA  bulan JULAI..
klik pada gambar untuk join..
muahh



Giveaway Julai Bersama Blogger ini dianjurkan oleh andyhowtt.com, dan hadiah telah disponsor oleh Nisa KayAkmal HilmiFaizal FredleyNota KosongSaya Doodle,NorfanilMohd KhairiMunzir ShafieAzri Johan,  Alya EsprezzoKaizen Shinobi dan Malcube


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Sunday, July 10, 2011

assalamualaikum.. hai readers semua!!! huhu.. dah lame cik panda tak  update blog.. rindu pulak rasenye.. haha.. hari ni cik panda tak la sibuk sangat so ade la mase nak update blog.. 
ok now kita layan pic ni..

haha pelik kan.. haha.. 

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Friday, July 1, 2011

angkara TEBU badan binasa..

hye semua..
cik panda nak story sikit kt u ols.. haha..
hari ni memang hari malang cik panda..
sudah lah jatuh.. ditimpa tangga pulak.. hai.....

tu lah.. sape suruh jahat sangat..
pagi2 dah plan nak ponteng kelas.. kan dah kena..
sedang cik panda khusyuk bawak moto pagi tadi
cik panda terperasan ade keta kt belakang..
keta tu macam nak memotong..
so cik panda pon ketepi lah siket(sambil menyumpah seranak kereta tersebut dlm hati..)
mase cik panda pandang depan tiba-tiba.. "poommm!!"
"adussss!!(celaka punya keta!!)"..
eh..eh.. bukan berlanggar dengan keta..
TAPI..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEBATANG POKOK TEBU YANG BATANGNYA MEMBENGKOK KE ARAH JALAN RAYA YANG SEMPIT..

aduiii memang la sakit..  mau bengkak bahu cik panda..
sabar je la.. memang rase nak menangis.. tapi masih cool..
hehe..
pabila cik panda sampai kt sekolah, baru nak letak kaki..
tiba-tiba..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DISENGAT PULAK DEK PENYENGAT..

aduii.. 2 bala menimpa sekaligus.. hahaha..

tapi ada 1 kejadian yang lebih DAHSYAT!!


POKOK TEBU YANG CIK PANDA LANGGAR TADI DAH PATAH!!
kah kah kah kah kah!!!. ganas gila!!
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Wednesday, June 29, 2011

#2 wordless wednesday

spm 139 hari.. taken on 27/06/11

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Monday, June 27, 2011

'manis tak panda ini???'

hai.. "  MANIS TAK PANDA INI??" hehe.. 


hehe maniss kann.. bhaha.. 
sorry laa anda2 semua.. minggu ni cik panda tak dapat nak menaip entry hari2 sbb banyak sangat kerja nak kena buat.. sebok aje memanjang.. hhe. petang ni pun cik panda kena pegi kelas tapi nk berblogging dulu.. hehe..  dah rindu sangat nak mengupdate belog tercenta ini.. haha.. skema pulak ayat.. 
ok.. cik panda nak share dengan anda2 sumer 1 pic yang anda sendiri boleh describe.. hehe..

tgk lilin dia.. bapak gedabak besar!!


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Sunday, June 19, 2011

happy father's day buat ayah!!

assalamualaikum.. korang tahu tak hari ni hari ape? haaa.. bagi sesiapa yang lupa tu meh sini cik panda nak kasi tau.. hari ni adalah HARI BAPA!!

ok cik panda nak meneruskan nukilan ini boleh?? ape? tak boleh?? hmm.. ape cik panda kesah.. cik panda ade cerita nak share ngan korang semua!! korang ade?? korang tak de kan.. haha.. ok..ok.. cik panda dah melalut sampai ke singapura dah ni.. haha.. sebenarnya cerita yang cik panda nak sampaikan ni bukanlah gempak mane pon.. cuma nak berkongsi sukasuki bersama anda-anda.. hehe.. ok..

cik panda ni sebenarnya seorang anak yang telah dibesarkan oleh 2 insan yang berhati mulia iaitu INCIK  AHMAT NASIRDDIN dan PUAN KHARIYAH. bertungkus lumus diorang bekerja untuk membesarkan anak mereka yang kuat makan comel ni.. dari kecik hinggalah lebih besar dari mereka.. haha.. tp tidaklah sangat coz cik panda pendekla jugak..  

ok.. ayah cik panda bekerja sebagai seorang guru besau di sebuah sekolah rendah di Gerik.. beliau seorang yang amat berdisiplin dan berdada seksi berdedikasi.. beliau mempunyai 2 bidadari yang cantik jelita.. bidadari pertama adalah mummy cik panda.. dan bidadari yang kedua adalah mak tiri umi cik panda.. hehe.. pada tahun 2003 (kalau tak silap) ayah cik panda disahkan mempunyai tumor di bahagian leher beliau.. bermacam2 ubat yang telah beliau telan bagi menghilangkan tumor yang masih kecil itu.. tetapi malangnya tumor itu tidak hilang, malah semakin membesar.. hari demi hari ayah cik panda mengusung tumor itu kehulu kehilir.. apabila ada orang bertanya beliau dengan sabar menjawab.. "ada ketumbuhan"..

pada tahun 2005 beliau telah memutuskan untuk menjalani pembedahan bagi membuang tumor itu.. setelah pembedahan siap dijalankan, doktor memeriksa kandungan tumor itu.. rupanya tumor tersebut adalah cancer.. sekali lagi ayah terpaksa menanggung derita.. berbulan bulan beliau terpaksa berkampung di hospital besar kuala lumpur menjalani proses radioterapi bagi mematikan virus cancer tersebut.. boleh dikatakan setiap 2 minggu mama cik panda akan melawat ayah di hospital.. bukan dekat perjalanan dari gerik ke kl.. kadang-kadang mama sorang je pompuan dlm bas .. yang lain sume laki.. gelabah gila cik panda masa tu sbb cik panda jarang dapat ikut mama lawat ayah.. tapi mama tabah demi suami tercinta.. lame jugak ayah kat sana sampai suatu hari doktor ckp ayah dah sembuh da boleh balik.. bila ayah balik, cik panda terkejut sebab beliau amat kurus!!! kerempeng macam lempeng!! tapi beliau tetap tabah hadapi hidup.. macam2 jenis susu untuk gemok beliau beli.. tapi tak ada perubahan langsung..

oleh sebab proses radioterapi tu agak panas, tekak ayah dah tak boleh terima makanan pedas.. kesian ayah.. tapi ayah tetap tabah.. ayah tak pernah merungut.. bila betul2 sembuh ayah start kerja mcm biasa.. lepastu mcm2 rumusan yang orang buat kt ayah.. ayah kena santau la, kena buatan orang la, mcm2 lagi.. tapi tak pe.. ayah tetap tabah.. sampai la cik panda dapat masuk SBP sekolah seri puteri.. ayah hepi sangat.. cik panda sedih nak tinggalkan ayah dgn mama.. tp pelajaran itu penting!! 

pada suatu hari ayah dan adik tiri cik panda terlibat dalam suatu kemalangan. mujur ayah dan adik tak pape.. cuma luka di kaki.. mulai saat itu ayah dah tak boleh drive.. penyakit dia semakin teruk.. rupa-rupanya cancer ayah yang dulu dah merebak ke seluruh badan.. ayah terpaksa  guna alat bantuan pernafasan.. mama siap sewa untuk kesenangan ayah.. berbulan bulan ayah tak kerja.. tapi ayah tabah.. 

suatu hari aunty cik panda datang kesekolah memberitahu tokwan cik panda dah tenat di hospital.. cik panda diberi kebenaran untuk pulang.. pukul 12 lebih tengah malam 19/05/2008 tokwan cik panda kembali menghadap illahi.. mase tu lagi 1 minggu sebelum cuti sekolah.. so cik panda sambungkan terus cuti cik panda.. hehe.. seminggu cik panda ade kat rumah jage ayah.. cik panda urut ayah.. kasi ayah makan.. urut lagi.. bersihkan badan ayah.. tapi kadang2 cik panda malas nak buat sume tu.. cik panda suruh mama yang buat.. jahat kan??

tibalah suatu hari yang tidak ditunggu.. ayah tiba2 sakit dada.. mama call ambulance.. ayah dibawa ke hospital.. cik panda dan mama berada di hospital sampai pukul 8 malam.. mase tu cik panda sempat snap 1 gambar ayah dan mama.. (scroll ke bawah untuk lihat gambar). kata-kata cikyah memberi penangan kepada cik panda.. "dila jaga ayah elok2.. cik tengok ayah kamu tu dah tak lama dah.." tergamam cik panda seketika.. tiba pukul 8, umi cik panda pula yang menjaga ayah..

pada pukul 5.30 pagi cik panda dapat 1 panggilan dari umi.. cik panda dah dapat agak ape yang umi nak cakapkan.. apa yang cik panda agak tu betol2 terjadi.. pada pukul 5.15 pagi 26/05/2008 ayah cik panda pula dipanggil menghadap illahi.. cik panda rasa macam dah tak nak hidup mase tu..cik panda sayang ayah sangat2!! ayah pergi meninggalkan kami.. mcm mane cik panda nak hidup tanpa ayah?? Adik adik sume kecik lagi.. yang paling kecik, nabila umur dia baru 3 tahun mase tu.. macam mane dia nak jalani hidup tanpa ayah?? Tidak!! Cik panda dah tak de ayah..!!!!!!!!! satu perkara yang cik panda kagum dengan mama.. beliau tidak menitiskan air mata pun di hadapan jenazah.. beliau amat TABAH..

ayah, dila nak mintak maaf kalau dila ada buat ayah marah. halalkan segala makan dan minum dila. Dila tahu dila bukan anak yang baik.. tapi ayah tetap sayang dila.. ayah penuhi semua kehendak dila. Terima kasih ayah kerana telah menjadi bapa yang terbaik!! I LOVE YOU SO MUCH!! 

ini last pic sebelum arwah ayah pergi buat selama-lamanya..


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Thursday, June 16, 2011

oh cinta 2!!

pada suatu malam yang hening... ayu cun teringatkan ex-boiprennya.. lalu beliau pon meng'ushar' fb abang hensem.. dia mendapati abang hensem tidak mengon9kan diri sekian lama... dia juga tidak lupa untuk meng'ushar' fb seri ayu dan beliau juga tidak mengon9kan diri sekian lama..

5 minit pertama..

ayu cun : mane laa abang hensem ni.. da lame x on9..

5 minit kedua

ayu cun : eish!!! kenape la dia couple dengan seri ayu tuh???

5 minit ketiga

ayu cun : weh!!! kenapa banyak betol comment seri ayu tuh kt profile dia??? huh!!

5 minit keempat

ayu cun : ohh abang hensem.. sampai hati kau delete comment aku... kenapa???

5 minit kelima

ayu cun : si** laa!!! (lalu mencampakkan laptopnya kedalam laut akibat terlalu ferust)

sekian..
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

anda buleh klik gambar untuk maklumat lanjuutt!!


merujuk perkara di atas,, maka dengan rasminya saya join contest ini!!!

kategori : gambar sewaktu zaman persekolahan


gambar 1 : gambar ini diambil semasa cik panda dan kawan2 dijemput oleh cekgu untuk bermain gamelan bagi memeriahkan majlis penyampaian hadiah di sekolah.. 


gambar 2 : gambar ini diambil di kfc selepas pertandingan debate.. mereka bestpren saya!!



gambar 3 : gambar ni diambil oleh bella di sekolah.. haha.. sempat lg kitorang snap gmbr taw...

ok ni aje pic yang sudi diupload.. hehe..

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Wednesday, June 15, 2011

Saturday, June 11, 2011

header baru cikpanda yang baru!!!!!


cantek taaaakkkk?????
hehe.. ini header baru cik panda..
credit to kei seichi yang telah membuat header belog saya yang cantek ini.. heee.. tq!!

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Friday, June 10, 2011

oh cinta!!

malam ni CP nk mengarang cerita pulak.. hehe harap korang semua suka.. jom layan..

masa bercinta

abang hensem : ayu, abang nak mintak couple bole?

ayu cun : eh abang ni..(sambil buat muka shy2 cat)

abang hensem : abang serius lah..

ayu cun : emm.. ok ayu terima..


masa nak clash..

ayu cun : abang, ayu rasa nak clash lah..

abang hensem : (boleh pulak main rasa-rasa..) emm kenapa?

ayu cun : emm ayu ingat nk concentrate pelajaran dulu lah..

abang hensem : emm.. ok lah dah kalau itu keputusan ayu..

pada suatu hari ayu cun mengonline facebooknya bdan dia terlihat profile abang hensem.. dan yang paling memeranjatkan ayu cun ialah.. abang hensem telah menjalinkan hubungan dengan seseorang yang bernama seri ayu.. ayu cun pon frustlah..

ayu cun : patut la x lyn aku sgt.. rupenye da ade awk lain.. dah la name same mcm aku..!!!!

hehe.. sekian
SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Thursday, June 9, 2011

pic2 kenangan terbaik wok!!

perigi hang tuah..

buaya DARAT

mcm kembar..

ratu gelek sedunia

cek bam aka cik panda

burung kakak tua.. hinggap di jendela.... lalala~
cantik kan dia??

cute kan saya??

beca


ini pic mummy panda dgn mak su

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Wednesday, June 8, 2011

BLOGGER TIDAK SOPAN??


ape yang x sopan nye?
hurm aku pon x tau cmne nk cite..
korang klik lah SINI yer..
sila tunggu 2 or 3 minit untuk loading..
maaf kalo ade menyinggung perasaan..

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

best ke???

hye.. rindunyee nk berblogging.. 
sekarang cik panda sudah kembali dgn entry2 baru!!!!
hehe.. emm.. kalo cik panda cite pasal percutian cik panda pegy melaka boley x??
haha.. tp kalo korang x kasi pon cik panda nk cite jugak..
haha.. ok lah.. nk mula cite nie..

5 jun baru2 nie CP dan MP pegy bercuti ke melaka bersama2 org2 kampung.. 
hehe.. rombongan kampung lah katekan...
emm 3 bijik bas telah disediakan.. dan lebih kurang 120 org telah ikut serta..
hehe.. cewah2..
ok.. masa yg ditetapkan utk semua org berkumpul adalah pd pukul 12 tgh malam.. tapi sedikit masalah teknikal telah melambatkan perjalanan kami.. huhu.. dengan muka yang sangat mengantuk sbb dah dekat pukul 2 pagi bas kami bertolak dari gerik.. adoii... 
perjalanan ke melaka agak lmbat kerana masalah teknikal yang tak jemu2 menghadirkan diri.. haha.. 
ok bila smpai kt melaka benda pertama yg menarik minat CP ialah sebuah kereta.. 
nk tgk x?? (mnde ni rasenye dah normal pada korang sume tapi CP baru penah nmpk dgn mata kepala sndiri)

ce tgk num plat kereta tu... wtf stand for what??

ini baru benda pertama yg CP tgk.. yg lain CP x smpt nk taip lg.. ok.. hehe.. tunggu sambungannye.. muahhxx!!!


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Saturday, June 4, 2011

kenduri oh kenduri

hye.. 
waa da lame cik panda x update blog..
huhu.. rindu rasanye..
muahx!! muahx!! muahx!!
ok cik panda nk cite sket nih..
td cik panda ikot mummy panda pegy kenduri..
ingtkn 1 je.. nah..!! 3 skali.. amek..!!
rase cm nk pecah perot nih..
gila.. gila..
haha.. tp mse kt knduri yg ke 3 cik panda dah x bleh nk makan.. 
hehe.. so cik panda minom air je..
bila balek rumah cik panda ngn mummy mmg kenyang gila..
hahahahahahahahaha..
hepi!! :)

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Tuesday, May 24, 2011

2 birthday boy with the same name n date of birth!!!

subhanallah!!
great gila..!!
baru sebentar td cik panda ushar fb..
tiba2 mata cik panda tertumpu kpd birthdays..
n ape yg cik panda lihat adalah...


2 org yang sama nama dan dilahirkan pd tarikh yng sama..
cuma tahun saje yg lain..
haha.. crazy!!
so i'd like to wish them happy birthday!!
may allah bless u all!!


panda wish both of u happy birthday!!!


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Wednesday, May 18, 2011

peliknyaa sayur2 nie...

mari kita terjah ramai2!!
eh..eh.. nie acara terjah menerjah la.. bukan gali menggali.. x payah laa bawak cangkul segala.. haha..
cik panda nk kongsi sedikit pic2 yang sempat diculik dari pakcik google..

sayuran pelik tempat pertama!!!

cik panda sendiri pon x tau ni buah/sayur ape.. 

sayuran pelik tempat kedua!!! 


sayuran pelik tempat ketiga!!! 


opss!! terlebih sudah.. aip!!! x boley tenung lame2..!! bahaya!!

sayuran pelik tempat keempat!!! 


ini durian isi merah.. hehe.. cik panda dah x ingat name sebenarnye.. maaf.. 
maklumlah.. dah tua dah..

dan akhir sekali......
sayuran pelik tempat kelima jatuh kepada!!!!! 

buah epal-limau..
jangan terkejut ek.. buah nie memang betul2 ada..

sekian sahaja persembahan saya pada hari ini.. trima kasih kerana sudi baca!!! 


 

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

comel kan mereka?

hye..
cute gila kan mereka ini..
hehe...


hehe.. comel jerk spider nih..
spider ini milik kawan cik panda bernama encik afiq..
disebabkan mende alah nie cute sgt cik panda telah tertarik hati untuk menjadikannya model untuk entry blog kali ini..
sekian..

p/s: thnx afiq bg pnjam spider nie kejap.. haha

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Tuesday, May 17, 2011

pelik tapi benar!!

seorang jejaka yang x berapa nak hensem nie mempunyai cas elektrik yang mengalir di dalam badannya.. Kontrovesi ini diperolehi daripada pakcik google. antara kebolehan jejaka ter sebut ialah...:

MENYALAKAN LAMPU MENTOL 


MEMASAK SOSEJ


YG NIE X TAW DYE BUAT APE..



wahh hebat betul ciptaan Allah SWT.  

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!!

hari nie semua cikgu di seluruh malaysia akn menyambut hari guru..
so cik panda nk mengambik kesempatan untuk mengucapkan..


kepada cikgu2 semua!!
cik panda ingin mengucapkan terima kasih dan ingin memohon ampun kepada cikgu2 semua jika ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara... saya sayang cikgu!!




SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Saturday, May 14, 2011

khas buat kamu!!

" ye sayang.. jangan risau.. entry ini hanya untuk kamu.."
"iye... betol... saye x tipu..."

untuk siapa?? haha.. entry ini khas buat.. 
Cik Wan Nursyahirah atau lebih dikenali sebagai :miss wanda: a.k.a EMPANGAN..
haha.. kan dah kena..
hurm.. kenapa empangan??? kerana... dia nih suka minom air.. 
so kalau cik panda or cik bella ade bwk air pegi sekolah,,
kompom laa empangan nih minum seLapan teguk.
ciss!!! tau2 dh abis air sebotol.. haha..
e e e geram betol!! rase cm nk perah2 je mulut dia..
naseb baek la mulut dia x mcm Ne-Yo.. hahaha

fuhhh dah puas hati cik panda mengomel tentang gadis ini..
haha seronok sangat!! wakakakakakakakaks!!

p/s: hehe.. miss wanda... sila jangan terlalu marah meyh.. kan saya sudah berjanji saya akan masukkan nama 
       kamu di dalam entry saya... muahh!! saya sayang kamu!!! 

SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

Tuesday, May 10, 2011

50 fakta menarik tentang lelaki!! hehe..

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).


2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).


3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).


4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).


5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).


6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).


7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).


8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).


9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).


10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).


11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.


12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).


13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).


14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.


15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.


16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).


17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).


18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).


19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).


20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda.


21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).


22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).


23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).


24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).


25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.


26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.


27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).


28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.


29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.


30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.


31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).


32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.


33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.


34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.


35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.


36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.


37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.


38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.


39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).


40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).


41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.


42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.


43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.


44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.


45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.


46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).


47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).


48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)


49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.


50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW