Sunday, June 19, 2011

happy father's day buat ayah!!

assalamualaikum.. korang tahu tak hari ni hari ape? haaa.. bagi sesiapa yang lupa tu meh sini cik panda nak kasi tau.. hari ni adalah HARI BAPA!!

ok cik panda nak meneruskan nukilan ini boleh?? ape? tak boleh?? hmm.. ape cik panda kesah.. cik panda ade cerita nak share ngan korang semua!! korang ade?? korang tak de kan.. haha.. ok..ok.. cik panda dah melalut sampai ke singapura dah ni.. haha.. sebenarnya cerita yang cik panda nak sampaikan ni bukanlah gempak mane pon.. cuma nak berkongsi sukasuki bersama anda-anda.. hehe.. ok..

cik panda ni sebenarnya seorang anak yang telah dibesarkan oleh 2 insan yang berhati mulia iaitu INCIK  AHMAT NASIRDDIN dan PUAN KHARIYAH. bertungkus lumus diorang bekerja untuk membesarkan anak mereka yang kuat makan comel ni.. dari kecik hinggalah lebih besar dari mereka.. haha.. tp tidaklah sangat coz cik panda pendekla jugak..  

ok.. ayah cik panda bekerja sebagai seorang guru besau di sebuah sekolah rendah di Gerik.. beliau seorang yang amat berdisiplin dan berdada seksi berdedikasi.. beliau mempunyai 2 bidadari yang cantik jelita.. bidadari pertama adalah mummy cik panda.. dan bidadari yang kedua adalah mak tiri umi cik panda.. hehe.. pada tahun 2003 (kalau tak silap) ayah cik panda disahkan mempunyai tumor di bahagian leher beliau.. bermacam2 ubat yang telah beliau telan bagi menghilangkan tumor yang masih kecil itu.. tetapi malangnya tumor itu tidak hilang, malah semakin membesar.. hari demi hari ayah cik panda mengusung tumor itu kehulu kehilir.. apabila ada orang bertanya beliau dengan sabar menjawab.. "ada ketumbuhan"..

pada tahun 2005 beliau telah memutuskan untuk menjalani pembedahan bagi membuang tumor itu.. setelah pembedahan siap dijalankan, doktor memeriksa kandungan tumor itu.. rupanya tumor tersebut adalah cancer.. sekali lagi ayah terpaksa menanggung derita.. berbulan bulan beliau terpaksa berkampung di hospital besar kuala lumpur menjalani proses radioterapi bagi mematikan virus cancer tersebut.. boleh dikatakan setiap 2 minggu mama cik panda akan melawat ayah di hospital.. bukan dekat perjalanan dari gerik ke kl.. kadang-kadang mama sorang je pompuan dlm bas .. yang lain sume laki.. gelabah gila cik panda masa tu sbb cik panda jarang dapat ikut mama lawat ayah.. tapi mama tabah demi suami tercinta.. lame jugak ayah kat sana sampai suatu hari doktor ckp ayah dah sembuh da boleh balik.. bila ayah balik, cik panda terkejut sebab beliau amat kurus!!! kerempeng macam lempeng!! tapi beliau tetap tabah hadapi hidup.. macam2 jenis susu untuk gemok beliau beli.. tapi tak ada perubahan langsung..

oleh sebab proses radioterapi tu agak panas, tekak ayah dah tak boleh terima makanan pedas.. kesian ayah.. tapi ayah tetap tabah.. ayah tak pernah merungut.. bila betul2 sembuh ayah start kerja mcm biasa.. lepastu mcm2 rumusan yang orang buat kt ayah.. ayah kena santau la, kena buatan orang la, mcm2 lagi.. tapi tak pe.. ayah tetap tabah.. sampai la cik panda dapat masuk SBP sekolah seri puteri.. ayah hepi sangat.. cik panda sedih nak tinggalkan ayah dgn mama.. tp pelajaran itu penting!! 

pada suatu hari ayah dan adik tiri cik panda terlibat dalam suatu kemalangan. mujur ayah dan adik tak pape.. cuma luka di kaki.. mulai saat itu ayah dah tak boleh drive.. penyakit dia semakin teruk.. rupa-rupanya cancer ayah yang dulu dah merebak ke seluruh badan.. ayah terpaksa  guna alat bantuan pernafasan.. mama siap sewa untuk kesenangan ayah.. berbulan bulan ayah tak kerja.. tapi ayah tabah.. 

suatu hari aunty cik panda datang kesekolah memberitahu tokwan cik panda dah tenat di hospital.. cik panda diberi kebenaran untuk pulang.. pukul 12 lebih tengah malam 19/05/2008 tokwan cik panda kembali menghadap illahi.. mase tu lagi 1 minggu sebelum cuti sekolah.. so cik panda sambungkan terus cuti cik panda.. hehe.. seminggu cik panda ade kat rumah jage ayah.. cik panda urut ayah.. kasi ayah makan.. urut lagi.. bersihkan badan ayah.. tapi kadang2 cik panda malas nak buat sume tu.. cik panda suruh mama yang buat.. jahat kan??

tibalah suatu hari yang tidak ditunggu.. ayah tiba2 sakit dada.. mama call ambulance.. ayah dibawa ke hospital.. cik panda dan mama berada di hospital sampai pukul 8 malam.. mase tu cik panda sempat snap 1 gambar ayah dan mama.. (scroll ke bawah untuk lihat gambar). kata-kata cikyah memberi penangan kepada cik panda.. "dila jaga ayah elok2.. cik tengok ayah kamu tu dah tak lama dah.." tergamam cik panda seketika.. tiba pukul 8, umi cik panda pula yang menjaga ayah..

pada pukul 5.30 pagi cik panda dapat 1 panggilan dari umi.. cik panda dah dapat agak ape yang umi nak cakapkan.. apa yang cik panda agak tu betol2 terjadi.. pada pukul 5.15 pagi 26/05/2008 ayah cik panda pula dipanggil menghadap illahi.. cik panda rasa macam dah tak nak hidup mase tu..cik panda sayang ayah sangat2!! ayah pergi meninggalkan kami.. mcm mane cik panda nak hidup tanpa ayah?? Adik adik sume kecik lagi.. yang paling kecik, nabila umur dia baru 3 tahun mase tu.. macam mane dia nak jalani hidup tanpa ayah?? Tidak!! Cik panda dah tak de ayah..!!!!!!!!! satu perkara yang cik panda kagum dengan mama.. beliau tidak menitiskan air mata pun di hadapan jenazah.. beliau amat TABAH..

ayah, dila nak mintak maaf kalau dila ada buat ayah marah. halalkan segala makan dan minum dila. Dila tahu dila bukan anak yang baik.. tapi ayah tetap sayang dila.. ayah penuhi semua kehendak dila. Terima kasih ayah kerana telah menjadi bapa yang terbaik!! I LOVE YOU SO MUCH!! 

ini last pic sebelum arwah ayah pergi buat selama-lamanya..


SUKA FOLLOW.. TAK SUKA TAK PAYAH FOLLOW

3 comments:

Datin Tyka said...

takziah cik panda.. Allah lebih sayang dengan beliau kan...

jemput singgah http://sitiatikah.com

kotak bulat said...

sebak lak rasa bila baca..yg msih ada ayah tu.. kenalah hargai

shaemo said...

tyka- thanx..

kotak bulat- betul.. betul.. hargailah mereka sebelum terlambat